Buku Sifu Azmi

Kini diterbitkan buku bertajuk Aplikasi Pengurusan Kuiz dan Asas Pengatucaraan Python 3.x. Buku Aplikasi Pengurusan Kuiz menerangkan langkah demi langkah dari Fasa 1 hingga Fasa 5 bagaimana aplikasi kuiz dibangunkan. Juga diterangkan tentang penormalan sehingga terhasilnya ERD dan Skema Hubungan Ternormal. Semua kod atur cara penskripan web menggunakan arahan teks yang dibina dengan editor Sublime Text 3. Bagi mengurangkan kesilapan dan berlakunya sintaks error kerana kesalahan typo, semua kod atur cara adalah merupakan tangkapan layar yang dapat dilihat dengan jelas.

Buku baharu yang kedua adalah Asas Pengaturcaraan Python 3.x menerangkan elemen asas pengaturcaraan menggunakan Bahasa Python 3 yang sesuai untuk pelajar menengah rendah dan pelajar lain yang ingin berkenalan dengan aplikasi ini. Juga menggunakan Editor Sublime Text 3, semua elemen dan konsep asas pengaturcaraan ditunjukkan dalam buku ini secara tangkapan layar juga.

Buku-buku lain yang masih dijual adalah Asas Penskripan Dan Pembangunan Aplikasi Web, Pengaturcaraan Asas PHP dan Nota Ringkas Sains Komputer SPM(Berdasarkan DSKP dan Konstruk Pentaksiran). Manakala buku-buku projek tempahan Homestay, Hotel, Tiket Wayang, Teksi, Tiket Bas, Kereta Sewa, Jualan Barangan Antik dan Jualan Kenderaan Terpakai sudah tidak dijual lagi. Tetapi kepada yang berminat boleh dapatkan ebook topik-topik berkenaan (Sila hubungi Admin).

Untuk pembelian sila pilih buku disenaraikan. Sila mendaftar dahulu, pastikan nama, alamat, no telefon dan email yang tepat untuk dihubungi.

Sila baca maklumat Caj Postage dan Maklumat Perbankan.